Home » Berita Canselori » Pameran Menghayati Dua Tahun Transformasi UMT

Thu Sep 21, 2017
Waktu
Subuh 5:42 am
Syuruk 6:57 am
Zohor 1:01 pm
Asar 4:09 pm
Maghrib 7:04 pm
Isyak 8:11 pm

Pameran Menghayati Dua Tahun Transformasi UMT

G3

UMT bertekad untuk melonjak ke puncak kecemerlangan sebagai sebuah universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di persada global serta membawa misi untuk menjana ilmu bagi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam. Dalam mendepani pelbagai cabaran dan persaingan, UMT perlu sentiasa bersedia dan melakukan perubahan secara berterusan agar terus relevan, unggul dan disegani sebagai sebuah universiti.

G4

Sehubungan dengan itu, bermula dengan falsafah “menghormati yang dahulu, membina perancangan baharu”, UMT telah mengorak langkah melaksanakan program transformasi dalam pelbagai aspek meliputi governan, akademik, penyelidikan dan pelajar. Transformasi governan telah dilaksanakan mulai awal tahun 2013 dan disusuli dengan transformasi akademik yang dilaksanakan pada Disember 2013. Selain itu, bagi memastikan program transformasi ini berjaya dilaksanakan, UMT telah menggubal Pelan Strategik UMT 2013-2017 yang mengandungi teras utama, strategi, pelan tindakan dan petunjuk prestasi.

G1G2

Bagi meningkatkan kesedaran, pemahaman dan penghayatan warga UMT terutamanya para pelajar berkenaan dengan program transformasi yang dilaksanakan di universiti, maka Canselori UMT telah menganjurkan Pameran Menghayati Dua Tahun Transformasi UMT di Kompleks Siswa UMT bermula pada 14 September 2014 hingga 13 Oktober 2014. Majlis pelancaran pameran tersebut telah diadakan pada 14 September yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Naib Canselor UMT dan ia turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan UMT. Sebanyak 58 poster telah dipamerkan dan ia dibahagikan kepada beberapa segmen utama seperti Syarahan Perdana, Transformasi Governan, Pemerkasaan Bakat Akademik, Transformasi Akademik, Transformasi Penyelidikan dan Pemindahan Ilmu, Pemantapan Citra dan Transformasi Pelajar.

G6G5

Selain itu, YBhg. Naib Canselor dalam ucapannya menyatakan bahawa UMT perlu membudayakan aktiviti pameran seumpama ini bagi meningkatkan pemahaman dan ilmu pengetahuan para pelajar dalam pelbagai bidang sama ada berkaitan urusan governan universiti, pengajian akademik, pembangunan penyelidikan dan pemindahan ilmu. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan citra UMT di kalangan masyarakat.