Home » Berita Canselori » Syarahan Tahunan Naib Canselor 2015 “Mengungguli Kecemerlangan Meneroka Lautan Biru”

Thu Sep 21, 2017
Waktu
Subuh 5:42 am
Syuruk 6:57 am
Zohor 1:01 pm
Asar 4:09 pm
Maghrib 7:04 pm
Isyak 8:11 pm

Syarahan Tahunan Naib Canselor 2015 “Mengungguli Kecemerlangan Meneroka Lautan Biru”

G2

Pada 28 Januari 2015, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Naib Canselor UMT telah menyampaikan Syarahan Tahunan Naib Canselor UMT 2015 yang bertajuk “Mengungguli Kecemerlangan Meneroka Lautan Biru”. Majlis syarahan tersebut telah diadakan di Dewan Sultan Mizan, UMT dan dihadiri oleh semua staf UMT. Syarahan ini merupakan siri syarahan tahunan kali keempat beliau sebagai Naib Canselor UMT. Ia merupakan manifestasi kesinambungan hala tuju dan perancangan strategik UMT ke arah mencapai visi dan misi UMT.

G1G4

Dalam syarahan tersebut, Naib Canselor UMT telah mengimbau pencapaian UMT dalam tahun 2014 seperti penarafan Tier 5 (cemerlang) dalam SETARA oleh MQA, penerbitan sejumlah 565 artikel dalam jurnal berwasit dan 76% daripadanya adalah dalam jurnal terindeks dan pencapaian 75% bakat akademik berkelulusan Ph.D. Selain itu, beliau juga telah menggariskan inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tahun 2015 bagi mengukuhkan gagasan transformasi UMT sebagai peneraju utama dalam bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik di Malaysia. Antara inisiatif tahun 2015 adalah melibatkan pemerkasaan bakat staf, penilaian prestasi kedekanan berasaskan pengukuhan program pengajian sedia ada, pengupayaan penyelidikan kontinum berkumpulan, dan pemerkasaan pembelajaran sepanjang hayat bagi menghasilkan graduan minda kelas pertama. Beliau juga menyatakan bahawa lonjakan masa depan UMT akan berpandukan kepada kanvas strategi pembangunan, kelestarian kewangan dan penjajaran perkhidmatan sokongan berasaskan fungsi utama untuk meningkatkan produktiviti, tadbir urus bijak dan keberkesanan impak penyampaian.

G5G3

Di penghujung syarahan, Naib Canselor menyatakan UMT adalah tempat penerokaan ilmu (penyelidikan), menyampaikan ilmu (pengajaran dan pembelajaran), dan penggunaan ilmu (dimanfaatkan oleh masyarakat dan negara). Oleh itu, ahli akademik UMT perlu memikirkan pembangunan ilmu daripada perspektif global, rakan kesepakaran global, dan menetapkan kualiti pada tahap global. Malah, seluruh warga UMT perlu memantapkan keupayaan kerjaya melalui amalan wibawa, integriti dan profesionalisme. Akhirnya, beliau berpesan, kembangkan pembudayaan pemikiran mendahului zaman dan sentiasa berada di barisan hadapan ufuk ilmu.