Home » Berita Canselori » Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Sat Nov 25, 2017
Waktu
Subuh 5:39 am
Syuruk 6:59 am
Zohor 12:55 pm
Asar 4:17 pm
Maghrib 6:50 pm
Isyak 8:01 pm

Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

3

Majlis penyerahan tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT telah diadakan pada 11 November 2014 bertempat di Kompleks Siswa UMT. Majlis yang dianjurkan oleh Canselori UMT merupakan majlis penyerahan tugas secara rasmi oleh mantan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Noor Azhar bin Mohamed Shazili kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang baharu iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni binti Mokhtar. Beliau telah diberikan amanah untuk memegang jawatan tersebut mulai 1 November 2014.

YBhg. Prof. Dr. Noor Azhar dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada Naib Canselor dan semua staf UMT kerana telah memberikan sokongan yang padu semasa beliau melaksanakan tugas. Walaupun masih banyak tugas yang belum disempurnakan, beliau berharap ia akan diteruskan oleh YBhg. Dato’ Nor Aieni nanti. YBhg. Dato’ Nor Aieni dalam ucapan balasnya pula turut merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk memikul tugas sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan berharap semua staf UMT akan memberikan kerjasama dan bekerja dalam satu pasukan bagi meningkatkan kecemerlangan UMT.

12

Penyerahan tugas tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Naib Canselor UMT dan Pegawai-pegawai Kanan UMT. Selain itu, Naib Canselor juga telah menyampaikan cenderamata tanda penghargaan terhadap sumbangan cemerlang yang telah diberikan oleh YBhg. Prof. Dr. Noor Azhar selama menjawat jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT bagi tempoh 5 tahun mulai 1 November 2009. Pada masa ini, YBhg. Prof. Dr. Noor Azhar akan meneruskan tugas-tugas beliau sebagai pensyarah dan Pengerusi Program Pengajian Sarjana Muda Sains (Sains Samudera) di Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran UMT.

 

Bintang di timur cuaca baik, 

Cahayanya sampai ke hutan seberang,

Mulut manis hatinya baik, 

Itulah budi dikenang orang.