Home » Berita Canselori » UMT Sentiasa Cakna Asnaf

Wed Sep 20, 2017
Waktu
Subuh 5:42 am
Syuruk 6:57 am
Zohor 1:01 pm
Asar 4:09 pm
Maghrib 7:05 pm
Isyak 8:12 pm

UMT Sentiasa Cakna Asnaf

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan kutipan Tabung Fastabiqul Khairat yang berjumlah RM77,575.00 yang telah dilancarkan pada awal bulan Ramadhan. Jumlah kutipan tabung telah meningkat pada setiap tahun semenjak program ini dilancarkan pada tahun 2013.

G1G2

Dana tabung ini telah digunakan untuk program Iftar Ramadhan di Masjid UMT dan program agihan beras serta daging kepada komuniti asnaf di sekitar UMT yang turut dilancarkan pada hari ini.Warga UMT sentiasa cakna kepada asnaf dan insan istimewa melalui pelbagai sumbangan material dan motivasi kendiri. Agihan cakna asnaf akan melibatkan beberapa kawasan komuniti sekitar UMT iaitu di Kg. Kubang Badak, Kg. Pak Tuyu, Kg. Tanjung Gelam dan Kg. Mengabang Telipot. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perhimpunan Bulanan UMT di Dewan Sultan Mizan UMT sebentar tadi.

G5

Selain itu, beliau juga telah melancarkan kutipan duit Hari Raya untuk anak-anak yatim yang akan disampaikan pada bulan Julai nanti. Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad SAW telah bersabda : “Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini – sambil Baginda menunjuk dengan kedua-dua jarinya – jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya, sebagai isyarat rapatnya mereka dan duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga). (Hadis Riwayat Bukhari)

G3Majlis perhimpunan pada kali ini juga telah dihiasi dengan tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Fauwas Fadzil dari JAKIM. Beliau telah menyatakan tentang kelebihan amalan sedekah jariah dan membantu golongan asnaf yang boleh meningkatkan kegiatan ekonomi dan penyelesaian kepada masalah sosial. Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk  dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

G4