Home » Berita Canselori » Menteri Pendidikan II Mengadakan Lawatan Kerja Pertama 2015 Ke UMT

Sat Nov 25, 2017
Waktu
Subuh 5:39 am
Syuruk 6:59 am
Zohor 12:55 pm
Asar 4:17 pm
Maghrib 6:50 pm
Isyak 8:01 pm

Menteri Pendidikan II Mengadakan Lawatan Kerja Pertama 2015 Ke UMT

Pada 18 Januari 2015, Y.B. Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II, telah mengadakan lawatan kerja pertama bagi tahun 2015 ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dalam siri lawatan tersebut, beliau telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMT dengan Taylor’s University sebagai simbolik pelancaran Program Kerjasama Strategik Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Program tersebut yang juga dikenali sebagai ‘Public Private Partnership (PPP)’ merupakan program ‘flagship’ Kementerian Pendidikan Malaysia yang memberikan ruang dan peluang kepada IPTA dan IPTS bekerjasama dalam usaha memperkasakan pendidikan tinggi negara.

G1G

Y.B. Menteri Pendidikan II berkata, inisiatif kerjasama ini merupakan satu sejarah dalam pendidikan tinggi negara kerana ia berupaya menghapuskan mentaliti IPTA dan IPTS dan melihat ia digabungkan sebagai sebuah IPT dalam pelan pembangunan pendidikan tinggi negara. Malah hubungan kerjasama strategik dalam negara juga perlu dilakukan dan tidak wajar hanya tertumpu kepada hubungan kerjasama dengan universiti tersohor di luar negara. Melalui kerjasama tersebut, ia akan memberikan manfaat kepada UMT dan Taylor’s University terutamanya dalam pertukaran kepakaran staf dan pelajar, perkongsian pengetahuan dalam pembangunan e-Leaning, hubungan kerjasama strategik dalam kebolehpasaran graduan, aktiviti penyelidikan dan pemindahan ilmu.

Dalam siri lawatan tersebut juga, Y.B. Menteri Pendidikan II telah merasmikan bilik ‘i-Champion Learning Space’ dan Kompleks Makmal Berpusat. Bilik ‘i-Champion Learning Space’ merupakan sebuah kemudahan yang dibangunkan untuk menggalakkan pembangunan kandungan pengajaran dan pembelajaran secara digital dengan menggunakan teknologi Apple. Melalui kemudahan ini, UMT merupakan IPTA pertama di Malaysia yang telah berjaya menerbitkan iBooks secara atas talian di iBooks Store dalam versi free iBooks.

G6G4G2G3