Home » Berita Canselori » Majlis Anugerah Tahunan UMT 2015

Thu Sep 21, 2017
Waktu
Subuh 5:42 am
Syuruk 6:57 am
Zohor 1:01 pm
Asar 4:09 pm
Maghrib 7:04 pm
Isyak 8:11 pm

Majlis Anugerah Tahunan UMT 2015

G6

UMT telah menzahirkan penghargaan dan menyanjung sumbangan cemerlang 234 orang stafnya dalam Majlis Anugerah Tahunan UMT 2015 yang diadakan di Dewan Sultan Mizan UMT pada 7 Disember 2015. Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato. Dr. Nor Aeini binti Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan UMT.

Para penerima anugerah adalah terdiri daripada 130 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 17 orang penerima Anugerah Julangan Bakat yang terdiri daripada Anugerah Kecemerlangan Sukan, Anugerah Penerbitan Penyelidikan, Anugerah Pemindahan Ilmu, Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran, Anugerah Staf Cemerlang dan Anugerah Kepimpinan Akademik. Majlis ini turut meraikan 7 orang pesara dan 80 penerima Hadiah Setia Bakti yang telah berkhidmat selama 10 tahun di UMT.

YBhg. Prof. Emeritus Dr. Noor Azhar bin Mohamed Shazili telah dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Akademik dengan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00 manakala Dr. Wahizatul Afzan binti Azmi pula dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Akademik Muda dengan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00. Penerima APC bagi Canselori pula adalah Prof. Madya Dr. Noraien binti Mansor, Encik Zolarman bin Muhamad, Encik Shahrul Jama bin Othman, Encik Mokhtar bin Ishak, Encik Mohd Shaharudin bin Husain, Puan Wan Fadhilah binti Wan Jusoh @ Wan Yusuf dan Cik Norul Aina Amirah binti Ab Rahman.

Para penerima Anugerah Julangan Bakat akan menerima hadiah wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM80,000.00, trofi dan sijil penghargaan, manakala setiap penerima APC akan menerima Sijil Simpanan Premium BSN yang bernilai RM1,000.00. Bagi pesara, mereka akan menerima jam tangan bernilai RM400.00 manakala penerima Hadiah Setia Bakti menerima hadiah bernilai RM100.00.

G3

Naib Canselor UMT dalam ucapannya menyatakan bahawa “kewibawaan UMT harus dizahirkan melalui citra yang hebat di peringkat nasional dan global dengan cara meningkatkan bilangan dan kualiti bakat akademik dan bukan akademik yang tersohor yang berupaya menghasilkan kerja yang berimpak tinggi dan seterusnya memindahkan ilmu kepada masyarakat dengan berkesan.” Selain itu, beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap anugerah yang akan diterima akan memberi inspirasi kepada warga UMT untuk terus berusaha menobatkan UMT ke mercu kecemerlangan.

G5

Dalam majlis ini juga, UMT turut menyampaikan Anugerah Khas (Bencana Banjir) yang bernilai RM5,000.00 kepada Pasukan Sukarelawan Banjir UMT yang telah membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu pada tahun 2014. Pasukan tersebut telah diketuai oleh Encik Baharim bin Mustapa. Kerja-kerja sukarelawan yang mereka lakukan telah mendapat pengiktirafan masyarakat dan telah dinukilkan dalam Majalah 3 terbitan TV3.