Home » Berita Canselori » Solat Jumaat Pertama Di Bulan Ramadhan

Sat Nov 25, 2017
Waktu
Subuh 5:39 am
Syuruk 6:59 am
Zohor 12:55 pm
Asar 4:17 pm
Maghrib 6:50 pm
Isyak 8:01 pm

Solat Jumaat Pertama Di Bulan Ramadhan

G1

Alhamdulillahirabbillalamin, syukur kepada Allah s.w.t. atas kurniaanNya memberikan keizinan kepada warga UMT dan masyarakat sekitar mengadakan solat Jumaat yang pertama di Pusat Islam UMT pada 26 Jun 2015 bersamaan 9 Ramadhan 1436H. Detik bersejarah ini amat dinanti-nantikan oleh warga UMT apatah lagi ia diumumkan dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah.

YBrs. Ustaz Haji Riswadi bin Azmi, Ketua Pusat Islam UMT menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada 29 Rejab 1436H bersamaan 18 Mei 2015 telah memberikan kebenaran menunaikan solat Jumaat di bangunan Pusat Islam UMT.

G2Keputusan ini amat bermakna kepada warga UMT kerana ia memberikan kemudahan kepada warga UMT dan penduduk sekitar untuk menunaikan solat Jumaat apatah lagi peningkatan kepadatan penduduk di sekitar universiti berbanding dengan kemudahan masjid yang terhad. Seramai 2000 jemaah telah hadir menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah Jumaat pertama di Pusat Islam UMT yang disampaikan oleh Imam Besar Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Aizi Saidi bin Abd. Aziz dengan tajuk khutbah “Sejahtera Ummah Melalui Ibadah Zakat”.

Sementara itu, bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh barakah, Pusat Islam UMT telah mengatur pelbagai aktiviti kerohanian seperti program Lestari Ramadhan, pengajian Al-Quran “Tiang Ilmu”, 1 Day 1 Juz, solat tarawih berjemaah, majlis berbuka puasa (iftar asnaf), sumbangan Fast-K, Selamatkan Aqsa@Ramadhan dan sebagainya. Semoga Allah merahmati dan memberkati UMT dengan memberikan kemakmuran mengimarah Pusat Islam UMT pada setiap masa.

G3Fakta Menarik Mengenai Pusat Islam UMT
• Solat zuhur pertama pada 22 April 2015 (3 Rejab 1436H)
• Solat Jumaat pertama pada 26 Jun 2015 (9 Ramadhan 1436H)
• Kos pembinaan RM13.77juta
• Boleh menampung 3000 jemaah
• Dilengkapi dengan kemudahan WiFi
• Menempatkan ruang pejabat Pusat Islam UMT, dewan syarahan, bilik fardu ain, bilik kenamaan, bilik jenazah, bilik sumber, ruang niaga, pusat asuhan

Disediakan oleh :-
Abdullah Syukri bin M. Saleh,
Ketua Pentadbiran Canselori
28 Jun 2015
Foto : Media Kreatif, PKKPC