Home » Berita Canselori » Penyelesaian Masalah Teknikal Produk Melalui Kerjasama Universiti Dengan Industri

Sat Nov 25, 2017
Waktu
Subuh 5:39 am
Syuruk 6:59 am
Zohor 12:55 pm
Asar 4:17 pm
Maghrib 6:50 pm
Isyak 8:01 pm

Penyelesaian Masalah Teknikal Produk Melalui Kerjasama Universiti Dengan Industri

G3Universiti bukan sekadar tempat untuk mahasiswa menuntut ilmu pengetahuan malah ia juga merupakan tempat bermulanya penerokaan dan pencerakinan sesuatu ilmu baharu. Penerokaan ilmu baharu dilakukan melalui aktiviti penyelidikan bagi menghasilkan inovasi teknologi dan inovasi ilmu. Kedua-dua inovasi ini amat penting untuk dikongsi dengan masyarakat agar manfaat penyelidikan dapat digunakan dalam mengurus kehidupan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih lestari. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) melalui lonjakan 7 : Ekosistem Inovasi menyatakan pihak akademia dan industri harus bekerjasama bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran industri dengan kos yang efektif dan dalam tempoh masa yang cepat.

G2Menyedari akan hal ini, Pusat Pembangunan Alumni dan Keusahawanan (CADE) dan Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PPIJI) UMT telah menganjurkan Seminar Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) pada 16 Jun 2015 bertempat di Auditorium INOS UMT. Seminar ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha II KPM, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan senarai 100 orang peserta telah mengikuti seminar ini yang terdiri daripada usahawan tempatan, pengusaha syarikat dan para penyelidik universiti.

G1Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dalam ucapannya berkata seminar ini bertujuan untuk menggandingkan kumpulan penyelidik universiti dan usahawan dalam menyelesaikan permasalahan produk atau proses yang dihadapi oleh pihak industri. Katanya lagi, seminar ini juga memberikan peluang kepada penyelidik menghubungkan pengetahuan universiti yang ada terhadap permasalahan di industri bagi meningkatkan daya produktiviti negara melalui aktiviti inovasi dan penyelidikan gunaan. Bagi melaksanakan inisiatif ini, kementerian akan menyediakan peruntukan dana penyelidikan sebanyak RM50,000 bagi setiap permasalahan yang dikenalpasti dan ia perlu dilaksanakan dalam tempoh 6-12 bulan sahaja.

G5Sementara itu, pada hari tersebut juga, beliau telah mengikuti lawatan kerja ke Galeri Akuakultur, Makmal Herbarium, Makmal Simulasi Pengendalian Kapal dan kawasan hakisan pantai UMT. Di samping itu, beliau telah mendengar taklimat pencapaian UMT yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT.

Disediakan oleh :-
Abdullah Syukri bin M. Saleh,
Ketua Pentadbiran Canselori
21 Jun 2015
Foto : Media Kreatif, PKKPC