CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Program “Jom Kacau Bubur Asyura” Meriah!

10806915_10201902325758973_1476395895_n 
 
Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih. Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang..
Nabi Nuh a.s.
 
Program “Jom Kacau Bubur Asyura” anjuran Kelab Canselori telah berjalan dengan jayanya pada 6 November 2014 bersamaan dengan 13 Muharam 1436H. Program yang bertempat di Dataran Kompleks Siswa UMT itu dilaksanakan mulai jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Sekitar jam 1.00 tengah hari, sebanyak 120 bekas bubur asyura telah diagihkan kepada semua ahli Kelab yang hadir dan turut sama menyumbangkan tenaga. Ternyata, program ini sememangnya berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli Kelab Canselori. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.