Home » Berita Canselori » Majlis Julangan Bakat UMT 2014

Wed Sep 20, 2017
Waktu
Subuh 5:42 am
Syuruk 6:57 am
Zohor 1:01 pm
Asar 4:09 pm
Maghrib 7:05 pm
Isyak 8:12 pm

Majlis Julangan Bakat UMT 2014

UMT telah menzahirkan penghargaan dan menyanjung sumbangan cemerlang 142 orang stafnya dalam Majlis Julangan Bakat UMT 2014 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam pada 20 Oktober 2014. Majlis yang dianjurkan oleh Canselori UMT ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT dan seramai 700 orang tetamu turut hadir memeriahkan majlis.

G1G2

Para penerima anugerah adalah terdiri daripada 126 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 16 orang penerima Anugerah Julangan Bakat 2014 yang terdiri daripada Anugerah Kecemerlangan Sukan, Anugerah Penerbitan Penyelidikan, Anugerah Pemindahan Ilmu, Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran, Anugerah Staf Cemerlang dan Anugerah Kepimpinan Akademik.

G3G4

YBhg. Prof. Dr. Mohd Lokman bin Husain telah dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Akademik manakala Prof. Madya Dr. Yeong Yik Sung pula dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Akademik Muda. Para penerima Anugerah Julangan Bakat akan menerima Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) yang keseluruhannya berjumlah RM52,000.00, trofi dan sijil penghargaan, manakala setiap penerima APC akan menerima Sijil Simpanan Premium BSN yang bernilai RM1,000.00.

 G6G5

Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus dalam ucapannya menyatakan bahawa “kewibawaan UMT harus dizahirkan melalui citra yang hebat di peringkat nasional dan global dengan cara meningkatkan bilangan dan kualiti bakat akademik yang tersohor yang berupaya menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi dan seterusnya memindahkan ilmu kepada masyarakat dengan berkesan.” Selain itu, beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap anugerah yang akan diterima akan memberi inspirasi kepada warga UMT untuk terus berusaha menobatkan UMT ke mercu kecemerlangan.

G7G8

Dalam majlis ini juga, UMT turut menyampaikan Anugerah Khas Makalah Penyelidikan kepada Prof. Madya Dr. Gopalasamy Reuben Clements dari Institut Penyelidikan Kenyir, UMT kerana telah berjaya menerbitkan artikel mengenai animal canopy dalam Journal Nature yang berimpak faktor 42.3. UMT berbangga dengan pencapaian beliau kerana pada masa ini tiada rakan Universiti Penyelidikan (RU) di Malaysia yang berjaya menerbitkan artikel dalam jurnal tersebut.

SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH JULANGAN BAKAT UMT 2014 

Nama Anugerah Nama Penerima Hadiah
1 Anugerah Kecemerlangan Sukan (Olahragawan) Md Nor Shafiq Firdauze bin Mohamad, Pembantu Tadbir (P/O),Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultu (PPSPA)[Boling Padang]
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM1,000.00.
  • Trofi dan sijil
2 Anugerah Kecemerlangan Sukan (Olahragawati) Roziana binti Arifin,Pembantu Tadbir (P/O),Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE)[Boling Padang]
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM1,000.00.
  • Trofi dan sijil
3 Anugerah Makalah Terbaik Dalam JSSM Dr. Wahizatul Afzan binti Azmi,Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS)
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM500.00.
  • Trofi dan sijil
4 Anugerah Makalah Terbaik Dalam JBSD Prof. Madya Dr. Noor Rohana binti Mansor, Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL)
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM500.00.
  • Trofi dan sijil
5  Anugerah Buku Ilmiah Terbaik UMT Encik Aizam Zainal Abidin,Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP)
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM1,000.00.
  • Trofi dan sijil
Dr. Siti Aishah Saat,Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE)
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM1,000.00.
  • Trofi dan sijil
6 Anugerah Penerbitan Penyelidikan (Sains Tulen) Prof. Madya Dr. Yeong Yik Sung,Timbalan Pengarah Institut Bioteknologi Marin (IMB)
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM5,000.00.
  • Trofi dan sijil
7 Anugerah Penerbitan Penyelidikan (Sains Gunaan) Prof. Ir. Dr. Ahmad bin Jusoh,Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK)
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM5,000.00.
  • Trofi dan sijil
8 Anugerah Pemindahan Teknologi Prof. Madya Dr. Mustafa bin Man,Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan (PPIMG)
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM5,000.00.
  • Trofi dan sijil
9 Anugerah Pemindahan Ilmu Prof. Dr. Mohd Lokman bin Husain,Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS)
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM5,000.00.
  • Trofi dan sijil
10 Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran (Pensyarah) Prof. Madya Dr. Fauziah binti Abu Hassan, Pengarah Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR)
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM5,000.00.
  • Trofi dan sijil
11 Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran (Pensyarah Muda) Dr. Norhayati binti Yusuf,Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA)
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM5,000.00.
  • Trofi dan sijil
12 Anugerah Staf Cemerlang (Pegawai Pengurusan dan Profesional) Haji Riswadi bin Azmi,Ketua Bahagian Hal Ehwal Islam dan Kerohanian,Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Universiti,Pejabat Pendaftar
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM1,000.00.
  • Trofi dan sijil
13 Anugerah Staf Cemerlang (Staf Pelaksana) Mohd Zulkarami bin Endut,Penolong Pegawai Sains,Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP)
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM1,000.00.
  • Trofi dan sijil
14 Anugerah Kepimpinan Akademik Muda Prof. Madya Dr. Yeong Yik Sung,Timbalan Pengarah Institut Bioteknologi Marin (IMB)
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM5,000.00.
  • Trofi dan sijil
15 Anugerah Kepimpinan Akademik Prof. Dr. Mohd Lokman bin Husain,Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS)
  • Geran Pembangunan Kompetensi Diri (GPKD) bernilai RM10,000.00.
  • Trofi dan sijil
16 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 126 orang penerima
  • Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM1,000.00.
  • Sijil penghargaan

 

Disediakan oleh :-

Abdullah Syukri bin M. Saleh,
Ketua Pentadbiran Canselori
27 Oktober 2014