CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Tabung Kemanusiaan Gaza – Palestin Peringkat Canselori

dsc_5270-1

Dalam kemeriahan umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadan dan bulan Syawal, dunia dikejutkan lagi dengan berita penindasan Regim Zionis ke atas rakyat Gaza, Palestin. Kekejaman dan penindasan yang berlaku telah membawa kepada kematian dan kecederaan ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuklah kanak-kanak, wanita dan orang tua. Saban hari imej mangsa-mangsa yang berlumuran darah dapat ditonton melalui kaca televisyen mahupun internet. Kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata dan pergi ke Gaza, tetapi kita tetap boleh membantu dan berjuang melalui doa dan sumbangan derma.

Oleh itu, dalam Majlis Aidil Fitri Canselori 1435H yang diadakan pada 12 Ogos 2014 yang lalu, Kelab Canselori UMT telah mengambil inisiatif dengan melancarkan “Tabung Kemanusiaan Gaza – Canselori UMT” dengan jumlah sumbangan ikhlas yang terkumpul sebanyak RM800.00. Pelancaran tabung ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Naib Canselor UMT. Sumbangan ini akan disampaikan kepada Pertubuhan Aqsa Syarif untuk meringankan beban yang menimpa rakyat Palestin. Semoga Allah menghancurkan musuh-musuh Islam dan membantu saudara Islam dan para pejuang di Palestin.

 

 

Disediakan oleh :-
Abdullah Syukri bin M. Saleh,
Ketua Pentadbiran Canselori
14 Ogos 2014