Home » Pejabat Naib Canselor

Category Archives: Pejabat Naib Canselor

Isn Apr 23, 2018
Waktu
Subuh 5:41 am
Syuruk 6:58 am
Zohor 1:06 pm
Asar 4:20 pm
Maghrib 7:14 pm
Isyak 8:23 pm

UMT mendapat penarafan 5 Bintang (CEMERLANG) dalam SETARA 2017

KUALA NERUS, 14 Feb. – UMT telah berjaya mendapat penarafan 5 Bintang (CEMERLANG) dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) 2017, serta berjaya mendapat kedudukan 151-200 dalam bidang Agriculture & Forestry berdasarkan QS World University Ranking. Ini disusuli pula dengan kejayaan mencapai kadar kebolehpasaran graduan yang tertinggi pernah direkodkan oleh UMT iaitu 73.2% berbanding sasaran 70%.

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT telah mencapai prestasi membanggakan pada tahun 2017 apabila 83% atau 10 daripada 12 indikator Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mencatat peningkatan berbanding tahun 2016.

“Sempena sambutan ulang tahun UMT yang ke-15 pada tahun 2017, UMT telah menempa pelbagai kejayaan yang membanggakan. Kita telah berjaya melaksanakan sistem iCGPA bagi semua program pengajian, menjadi universiti pertama di Malaysia yang menerima geran penyelidikan Horizon2020, menjadi hos pameran “Rahsia Ikan Lutsinar” yang pertama kali dipamerkan di Malaysia, menjadi hos pertama bersama UniSZA menganjurkan PECIPTA di luar Kuala Lumpur, mendapat Anugerah Buku Negara, Anugerah Tokoh Siswa KPT, Anugerah Nadi Negara dan pelbagai pengiktirafan yang lain,” kata beliau selepas menyampaikan Amanat Naib Canselor 2018 di Dewan Sultan Mizan UMT pada hari ini.

“Selain itu, UMT juga telah diiktiraf sebagai Universiti Peneraju bagi ICoE Kluster Maritim oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan peruntukan dana berjumlah RM1.0 juta. UMT juga telah dinobatkan sebagai ‘Spoke University’ kepada ICoE Kluster Pertanian. Malah UMT mendapat geran antarabangsa tertinggi bernilai RM1.17juta iaitu daripada First Institute Oseanografi (FIO). Kejayaan dan pengiktirafan ini meningkatkan citra UMT di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya lagi.

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah UMT, Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman dan pegawai-pegawai utama UMT.

“Pada tahun 2018, saya bertekad untuk memperteguhkan penerokaan ilmu melalui pemerkasaan bakat sejajar dengan agenda Pendidikan Tinggi 4.0. Oleh itu, saya telah menggariskan beberapa inisiatif baharu yang akan dilaksanakan. Antaranya, menaiktaraf fasiliti pengajaran melalui penyediaan Learning Spaces 4.0 yang dilengkapi dengan teknologi dan infra 4.0, meningkatkan bilangan program mod 2u2i untuk mengukuhkan lagi kolaborasi dengan pihak industri, membentuk “Kluster Data Science” serta bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu bagi membangunkan Kenyirus Ecopark,” katanya lagi.

“Untuk menyokong inisiatif ini, UMT akan memperkasakan struktur governan penyelidikan dan inovasi serta menubuhkan Pusat Alumni, Pusat Kecemerlangan Industri Kluster Maritim dan Pusat Logistik dan Pengangkutan Maritim Malaysia (MaLTraC). UMT juga akan mengukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa dan memperkasakan pengantarabangsaan UMT dengan mewujudkan International Advisory Group (IAG) dan menjemput pakar-pakar antarabangsa yang telah dilantik oleh UMT bagi berkongsi kepakaran masing-masing,” ujarnya.

UMT Terima Kunjungan Hormat Rektor Bung Hatta University

KUALA NERUS, 12 Dis – Naib Canselor UMT telah menerima kunjungan hormat daripada Bung Hatta University Indonesia pada hari ini, yang diketuai oleh Rektor UBH iaitu Prof. Dr. Azwar Ananda; Dekan Fakulti Perikanan, Ir. Mas Eriza; dan Ketua Hubungan Kerjasama, Dr. Temmy Thamrin.

Sesi kunjungan hormat ini diadakan sempena siri lawatan kerja Bung Hatta University ke UMT pada 12-13 Disember 2017 dan turut mengadakan perbincangan kerjasama strategik dengan Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur, dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan di UMT.

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata Bung Hatta University berminat untuk mengadakan hubungan kerjasama dengan UMT terutamanya dalam bidang perikanan, akuakultur dan teknologi kelautan. Mereka berminat untuk menghantar pelajar ke UMT melalui program mobiliti pelajar.

Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman Dilantik Sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT

PUTRAJAYA, 13 Nov. – Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman melaporkan diri sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT di Pejabat Pusat Komunikasi Strategik UMT di Putrajaya pada hari ini. Beliau telah diberikan amanah untuk memegang jawatan tersebut bagi tempoh tiga tahun bermula 1 November 2017 hingga 31 Oktober 2020. Turut hadir Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar dan pegawai-pegawai utama UMT.

Prof. Ir. Dr. Noor Azuan merupakan profesor dalam bidang “Kejuruteraan Bio-Perubatan” dan memegang jawatan sebagai Dekan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM). Dalam dunia akademik, beliau telah menghasilkan lebih 218 penerbitan artikel terindeks, beberapa projek-projek penyelidikan dan perundingan, sehingga telah berjaya mempatenkan 14 produk penyelidikan.

Beliau turut menubuhkan Pusat Inovasi Industri UM yang bernilai RM230 juta dan telah menerima anugerah “The Forchheimer Prize” yang merupakan anugerah prestij dalam bidang “Prosthetics & Orthotics”.

UMT dan UiTM Cawangan Terengganu Akan Teruskan Semangat Commonality & Collegiality

KUALA NERUS, 29 Okt. – UMT dan UiTM Cawangan Terengganu akan meneruskan semangat ‘Commonality and Collegiality’ melalui hubungan kerjasama strategik dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan seperti pelaksanaan ijazah berkembar (double degree) dalam bidang yang bersesuaian.

Hal ini dinyatakan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Moktar selepas menerima kunjungan hormat Rektor UiTM Cawangan Terengganu, Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi di Dewan Senat UMT pada hari ini. Beliau berkata, antara program ijazah berkembar yang boleh dilaksanakan ialah dalam bidang perakaunan, pemakanan, pemasaran, matematik dan pembinaan kapal kerana kedua-dua universiti mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tersebut.

Selain itu, kedua-dua pihak juga akan melaksanakan program mobiliti pelajar dan pertukaran pelajar berkredit bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan masing-masing. Malah program pemindahan ilmu secara bersama juga akan dilaksanakan terutamanya untuk faedah komuniti di negeri Terengganu.

Terjemahan / Translation / ترجمة / 翻译